GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Februari 2012

Gambar : 3 menteri tonton klip lucah ketika dewan bersidang letak jawatan

* WALAUPUN cuba menyorok, kelakuan Laxman Savadi menonton video lucah dirakam oleh kamera televisyen di Parlimen Karnataka, India, kelmarin. - AGENSI

BANGALORE (India): Tiga menteri dari selatan India, termasuk seorang dengan portfolio pembangunan wanita dan kanak-kanak, meletakkan jawatan, semalam selepas mereka dituduh menonton video lucah ketika sidang dewan berlangsung.

Menteri dari parti pemerintahan, Bharatiya Janata Party (BJP) ditayangkan televisyen tempatan menonton siaran di telefon bimbit mereka, kelmarin ketika anggota dewan rancak berdebat. “Kami meletakkan jawatan untuk mengelak daripada memalukan parti dan tidak memberi pembangkang peluang untuk mengganggu sidang hari ini,” kata Menteri Koperasi, Laxman Savadi. 

“Kami sedang menonton klip video perbincangan parti yang dianjurkan di Pulau St Mary (di pantai barat Karnataka). Ia bukan klip video lucah,” katanya.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak, C C Patel dan Menteri Pelabuhan dan Perikanan, Krishna Palemar turut meletakkan jawatan. Dalam siaran televisyen menteri terbabit dilihat menonton klip seorang wanita menari, menanggalkan pakaian dan kemudian melakukan aksi seks. Mereka kemudian saling bertukar telefon bimbit.

“Ia perbuatan yang memalukan, Ketiga-tiga menteri itu sudah menyerahkan surat letak jawatan. Kami akan membentuk jawatankuasa siasatan bagi menyiasat insiden itu,” kata jurucakap BJP, Nirmala Sitharaman di New Delhi.

Satu kaji selidik yang dijalankan majalah India Today pada 2008 mendapati tiga daripada lima lelaki dan seorang daripada lima wanita menyokong pornografi. Ia diharamkan di India, tetapi kegiatan itu masih berleluasa. - AFP

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP