GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 7 Februari 2012

Adira Mohon Maaf Akui Kesilapan Peluk Anjing


Adira
PETALING JAYA: Penyanyi Adira (AF8) mengakui kesilapannya kerana memeluk seekor anjing seperti mana tersebarnya sekeping gambar yang dipaparkan di beberapa laman blog hiburan.
Mengulas mengenai perkara itu, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 22, berkata anjing yang dipeluk itu bukan miliknya tetapi kepunyaan ibu mertua kepada kakaknya yang berbangsa Cina di Sabah.
“Saya tidak nafikan itu gambar saya. Memang saya memeluk anjing itu tetapi ia bukan milik saya.
“Sebenarnya ia adalah gambar lama yang diambil pada tahun lalu ketika saya sekeluarga berkunjung ke rumah ibu mertua kakak yang bukan beragama Islam.
“Ia adalah gambar yang saya jadikan gambar profil di dalam telefon bimbit dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar,” katanya kepada mStar Online..
Adira mengakui kesilapannya menyimpan gambar dia memeluk anjing yang boleh mengundang kontroversi.
Ketika ditanya tidakkah dia peka dan sensitif bahawa tindakan dangkal itu boleh mengundang persepsi negatif di kalangan masyarakat, Adira berkata sebagai selebriti beragama Islam yang mengetahui soal hukum-hakam, dia mengakui kesilapan tersebut.
“Saya sedar tindakan bergambar dengan anjing itu salah dan boleh mengundang fitnah. Tapi saya peluk anjing itu ketika ia dalam keadaan kering dan sudah pun menyamak selepas itu.
“Saya memeluknya kerana terlalu geram melihat kecomelan binatang itu. Memang ia haram di sisi Islam tapi anjing juga makhluk Tuhan,” katanya.
Penyanyi yang sedang popular dengan lagu Sakura ini menyambung, kesan penyebaran gambar itu mengajarnya agar lebih berhati-hati dan tidak menyimpan gambar yang boleh mencetuskan syak wasangka atau kontroversi pada masa hadapan.
“Ini bukan kali pertama saya diasak kontroversi dan saya perlu ambil kisah atas setiap perkara yang boleh memburukkan nama saya dan keluarga. Saya mohon maaf atas kesilapan itu.
“Saya berharap peminat tidak mudah menjatuhkan hukum atau menghentam golongan artis dengan kata-kata yang kesat dan keterlaluan.
“Saya akui perkara ini berlaku disebabkan kecuaian dan sikap kurang peka. Sebagai manusia saya tidak pernah lari daripada melakukan kesilapan,” katanya dalam nada kesal.
* Sumber mStar Online

5 Merujuk kepada perkara diatas :

dear anies 7 Februari 2012 pada 11:18 PTG  

wat pe mintak maap kt manusia..

mdfaizal 7 Februari 2012 pada 11:50 PTG  

pegang najis spt anjing, babi, taik, muntah, air kencing, darah dsb - bukannya Haram. Tp sbb benda tu najis, kena disucikan mengikut kategori najis masing2.

Kalau makan yela haram sbb benda tu najis takde faedah pn kalau dimakan.

AkuMuzikFilem 8 Februari 2012 pada 2:42 PG  

sokong komen di atas, tak salah dan tak haram pegamg babi dan anjing. samak saja pastu. tapi untuk suka2, terbakar juga hati tengok.

kai ,  8 Februari 2012 pada 4:41 PTG  

apalah. citer macam ni nak di sensasi. bodoh la... woi!yang bukan muhrim tu berpelukan kat luar sana tu!! haram sial!

Terbakor 13 Jun 2012 pada 11:08 PTG  

ala boleh samak... bukan tak leh samak.. yang terang2 haram dipegang tak leh disamak tu buat juga.. lagipun bkn adira nk mkn anjing tu pun

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP