GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Februari 2012

Pekerja gemar bersenam waktu rehat makan tengah hari




LONDON 14 Feb. - Satu kajian mendapati, lebih dua juta pekerja kini menggunakan waktu rehat makan tengah hari dan malam untuk bersenam.


Kajian oleh syarikat pengilang dan pengedar pakaian sukan berjenama, Helly Hansen itu melibatkan kira-kira 1,500 responden di seluruh Britain.


Penyelidik mendapati, kira-kira satu daripada 13 pekerja akan menukar baju untuk berjoging bagi tempoh lebih 40 minit, ketika rakan-rakan mereka sibuk menikmati makan tengah hari.


Kajian itu turut membuat penemuan mengejutkan apabila semua responden didapati berjoging sejauh 749 kilometer semasa waktu rehat makan tengah hari dalam tempoh setahun, dengan pekerja yang aktif bersukan boleh berlari sejauh 4.83 kilometer setiap tiga kali seminggu.


Kira-kira satu per lima daripada pekerja Britain kerap bersenam semasa waktu rehat makan tengah hari, sementara pekerja yang tidak berbuat demikian biasanya memilih untuk pergi ke gim atau berenang.


Selain berjoging, berjuta-juta rakyat Britain turut aktif menyertai kelas aktiviti senaman seperti spin, power walks dan bersama jurulatih peribadi berbanding makan tengah hari di meja mereka.


Lelaki dilaporkan gemar berjoging pada waktu makan tengah hari, manakala wanita lebih cenderung melakukan pelbagai aktiviti senaman berbeza seperti aerobik serta pilates.
Jurucakap dari syarikat Helly Hansen, turut mengesahkan trend pekerja kini menggunakan waktu rehat tengah hari untuk bersenam.


"Gaya hidup yang sibuk atau kelihatan lesu selepas bekerja keras di pejabat boleh diatasi dengan menyelitkan aktiviti senaman ketika waktu rehat semasa kerja.


"Mereka yang bersenam pada waktu rehat berasa lebih cergas dan segar ketika bekerja, oleh itu ia adalah baik untuk kesihatan dan perniagaan," katanya. - AGENSI

* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP