GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 10 Februari 2012

Sangkar asmara : derita bersuami lelaki Pakistan


KUALA LUMPUR: Dia dipaksa menggugurkan kandungan, dibawa ke negara asal suaminya hanya untuk melihat lelaki itu berkahwin dengan wanita lain dan kini, terpaksa pula menanggung hutang kad kredit serta pinjaman bank RM120,000 yang dibuat warga asing itu menggunakan namanya.

Itu antara penderitaan seorang peniaga wanita selepas berkahwin dengan lelaki Pakistan yang mempunyai niat tersembunyi mahu mengikis hartanya dan mempermudahkan diberi taraf pemastautin tetap (PR). 

Peniaga pakaian itu yang hanya mahu dikenali sebagai Hayati, 47, berkata perkahwinan dengan Mat Pakistan berusia 44 tahun itu yang kedua baginya selepas perkahwinan pertama dengan lelaki tempatan gagal.

“Hubungan kami bermula sebagai rakan sekerja. Ketika itu, dia tak punya sebarang harta dan antara kami tidak wujud perasaan cinta, sebaliknya lebih kepada perasaan mahu melengkapi hidup antara satu sama lain.

“Saya setuju menerima lamarannya mungkin kerana masih kecewa dengan kegagalan perkahwinan pertama,” katanya ketika mengadu kepada Pegawai Khas (Ibu Tunggal), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Khaty Kassim, baru-baru ini.

Sumber penuh : myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP