GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 15 Februari 2012

Ubat mungkin punca Whitney Houston mati


* KERETA yang membawa mayat Whitney Houston tiba di rumah mayat Whigham di Newark, New Jersey kelmarin.
LOS ANGELES - Doktor peribadi mendiang legenda pop wanita Amerika Syarikat (AS), Whitney Houston akan berdepan dengan soalan sama ada penyanyi itu mendapat beberapa ubat yang ditemui di dalam biliknya di Hotel Beverly Hilton di California itu adalah secara tidak sah, lapor akhbar dalam talianMailOnline semalam.
Mayat penyanyi berusia 48 tahun itu ditemui di dalam tab mandi di biliknya pada Sabtu lalu dan beberapa botol pil preskripsi termasuk ubat penahan sakit Ibuprofen, ubat antikeresahan Xanax, ubat senggugut, Midol dan ubat jangkitan bakteria, Amoxicillin serta beberapa ubat lain ditemui dalam bilik tersebut.
Penggunaan ubat tersebut menjadi spekulasi hangat bahawa Houston mungkin mati akibat banyak menggunakan ubat preskripsi dan alkohol, lapor agensi berita AFP.
Kelmarin polis berkata, penerbit dan bekas model itu ditemui tidak sedarkan diri di dalam tab mandi yang berair di bilik hotel tempatnya menginap.
Polis Beverly Hills melalui satu kenyataan menyatakan mereka tidak boleh membuat sebarang spekulasi terhadap punca kematian Houston.
Abang ipar Houston, Billy Watson kelmarin turut bersungguh-sungguh menafikan kepada stesen radio ABC, News.com bahawa penyanyi itu berniat membunuh diri.
Houston yang merupakan ibu kepada seorang anak perempuannya, Bobbi Kristina pernah berjuang akibat ketagihan dadah ganja.
Penyanyi itu ditemui mati hanya beberapa jam sebelum dia sepatutnya membuat persembahan dalam satu parti menjelang Anugerah Grammy.
Sementara itu, Penolong Ketua Koroner, Ed Winter berkata, orang ramai harus menunggu keputusan rasmi yang akan dikeluarkan nanti.
"Anda boleh melihat mayat itu dan tidak akan tahu punca kematiannya. Anda juga mungkin berasa curiga tetapi orang itu (Houston) mungkin mengalami serangan jantung atau arteri tersumbat atau sesuatu," terangnya.
Dalam pada itu, laman berita hiburan TMZ. com berkata, menurut sumber keluarga mendiang yang tidak mahu namanya didedahkan, Houston mati akibat percampuran ubat Xanax dan dadah preskripsi lain bersama alkohol.
Menurut TMZ.com, sumber itu juga mendedahkan kandungan air di dalam paru-paru Houston amat sedikit untuk dijadikan bukti bahawa dia mati lemas.
Mayat penyanyi yang terkenal dengan banyak lagu popular seperti I Will Always Love You itu tiba di rumah mayat Whigham di Newark, New Jersey kelmarin.
Menurut stsen televisyen CNN, sejumlah kenderaan polis mengiringi kereta jenazah Houston manakala sejumlah orang menunggu di rumah mayat berkenaan.
Ibu Houston, Crissy turut berada di dalam rumah berkenaan.
Lagu I Will Always Love You laris dijual di laman iTunes. 
- Agensi

1 Merujuk kepada perkara diatas :

zulkbo 15 Februari 2012 pada 7:17 PTG  

salam..
ermm..kesian kat anak
pompuan dia je..mesti sedih

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP