Gambar : Gempa bumi dan tsunami yang melanda Acheh
Tweet
RUNTUH...beberapa individu sedang memerhatikan tembok penjara di wilayah Aceh, Indonesia runtuh susulan gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 hari ini. - Foto AP
Apr 11, 2012 10:45 pm
Apr 11, 2012 10:45 pm
SESAK...pengguna jalan raya di Banda Aceh berpusu-pusu menuju ke kawasan tinggi susulan gempa bumi bermagnitud 8.6 yang melanda wilayah Indonesia, hari ini. - Foto Reuters
Apr 11, 2012 9:20 pm
Apr 11, 2012 9:20 pm
PANIK...warga Medan, di Kepulauan Sumatera membuat panggilan telefon sejurus bergegas keluar dari pusat beli-belah di wilayah itu selepas gempa bumi kuat bermagnitud 8.7 melanda pesisir barat Indonesia, hari ini. Jalan raya sesak apabila orang ramai berpusu-pusu menuju ke kawasan tinggi. - Foto Jakarta Post
Apr 11, 2012 9:09 pm
Apr 11, 2012 9:09 pm
IMEJ siaran televisyen TV One Indonesia menunjuk reaksi dua wanita berada dalam ketakutan susulan gempa bumi bermagnitud 8.9 menyebabkan gegaran kuat yang turut dirasai di Sumatera Barat, hari ini. - Foto AP
Apr 11, 2012 7:54 pm
Apr 11, 2012 7:54 pm
SEBAHAGIAN penduduk Pangsapuri Damansara Bistari, SS2, Petaling Jaya keluar dari bangunan berikutan gempa bumi di Banda Aceh, Indonesia yang turut dirasai di beberapa negeri di Malaysia. - Foto NSTP
Apr 11, 2012 7:17 pm
Apr 11, 2012 7:17 pm
RIBUAN pengunjung sebuah pusat beli-belah dekat Seberang Jaya, Pulau Pinang berpusu-pusu keluar susulan gegaran kira-kira jam 4.50 petang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 8.9 di Aceh, Indonesia. - Foto Danial Saad
Apr 11, 2012 7:10 pm
Apr 11, 2012 7:10 pm
BOT nelayan di India kelihatan berlabuh di Laut Arab iaitu di pantai Pali, kampung Pali, Thane. Pantai Pali terletak berdekatan Mumbai, India. Dalam kejadian gempa bermagnitud 8.7 itu, amaran tsunami turut dikeluar sekitar Kepulauan Andaman dan Nicobar, India. - Foto EPA
Apr 11, 2012 11:04 pm
Apr 11, 2012 11:04 pm
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan