GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 20 Mei 2012

Kelantan Juara Piala FA


Mohammed Ghaddar meraikan jaringannya pada babak kedua. Foto AZHAR MAHFOF/The Star
PETALING JAYA: Kelantan berjaya menjuarai Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final malam Sabtu.
Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar Mahmoud menerusi sepakan penalti.
Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Pada aksi keseluruhan babak pertama permainan, kedua-dua buah pasukan menunjukkan permainan seimbang dalam usaha mencari kejuaraan sulung.
Ini kali pertama kedua-dua pasukan bertemu di final.
JUARA...Kelantan berjaya merangkul trofi Piala FA selepas menewaskan KL Sime Darby 1-0 pada aksi final malam Sabtu. Gol tunggal The Red Warriors dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar menerusi sepakan penalti pada minit ke-57. Foto M. Azhar Arif/The Star 
BARISAN PEMAIN:
Kelantan: Khairul Fahmi Che Mat, Zairul Fitree Ishak, S.Subramaniam (Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid), Obinna Nwaneri, Mohd Daudsu Jamaluddin (Mohd Farisham Ismail), Mohd Shakir Shaari, Mohd Badhri Mohd Radzi (kapten), S. Chanturu (Mohd Nurul Azwan Roya), Indra Putra Mahayuddin, Norshahrul Idlan Talaha, Mohammed Ghaddar Mahmoud.
Sime Darby: Mohd Redzuan Harun, Es Lizuan Zahid Amir (kapten), Mohd Arif Ismail, Mohd Shazlan Alias, Mohd Fairuz Abdul Aziz, Azmirul Azmi (Mohammad Syukur Saidin), Mohd Nor Ismail, Mohd Shoufiq Khusaini, Leandro Teofilo Santos Pinto (Razali Umar Kandasamy), Mohd Faiz Mohd Isa, Patrick Ronaldinho Wleh (Mohd Asrol Ibrahim).
Pengadil: Suhaizi Shukri
*Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP