GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 24 Mei 2012

Phillip Phillips Juara American Idol 2012


Philip Phillips
LOS ANGELES: Philip Phillips berjaya merebut gelaran pemenang program nyanyian American Idol musim kesebelas (AI11) pada pentas akhir yang berlangsung di Nokia Theatre, di sini, Rabu.
Penyanyi kelahiran Georgia yang berusia 21 tahun itu membawakan muzik berkonsep 'indie' telah berjaya menarik perhatian pengundi sekaligus mengalahkan saingannya, Jessica Sanchez. 16, yang lebih kearah muzik balada.
Menurut hos program tersebut, Ryan Seacrest, AI11 telah berjaya memecahkan rekod pentas akhir musim terdahulu dengan meraih sebanyak 132 juta undian.
Phillip dilihat terkejut apabila kemenangannya diumumkan dan tidak dapat menghabiskan persembahannya ketika diminta menyanyikan semula ingle lagu terbaru, Home, pada akhir rancangan.
Jessica dan Phillip masing-masing memiliki keunikan suara tersendiri.
Sepanjang episod AI11 berlangsung, Philip tidak pernah mendapat rekod undiah tiga peserta terendah.
Juri program berkenaan, Steven Tyler, Jennifer Lopez dan Randy Jackson menganggap persembahan Phillip dan Jennifer pada segmen pertama yang berlangsung pada Selasa lalu adalah yang terbaik mereka.
Phillip telah membawakan lagu Stand By Me, nyanyian Ben E. King manakalah Jessica memilih lagu I Have Nothing, nyanyian Whitney Houston.
Bagi segmen seterusnya, Jessica memilih The Prayer yang dipopularkan oleh Celine Dion dan Andrea Bocelli, manakala Phillip membakawan lagu Movin Out nyanyian Billy Joel.
Selain itu, kesemua finalis turut membuat persembahan dengan lagu pilihan masing-masing.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP