GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 12 Jun 2012

Bolasepak Euro 2012 : Belanda tidak rela tersingkir awal


VAN PERSIE (kanan) diasak kapten Denmark, Daniel Agger pada aksi di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine kelmarin. Belanda tewas 0-1. 
GDANSK, Poland - Belanda tidak mempunyai pilihan selain membenam Jerman pada aksi kedua Kumpulan B di Stadium Metalist, Kharkiv, Ukraine awal pagi Khamis ini.
Kapten Belanda, Mark van Bommel berkata, hanya kemenangan yang akan kembali membuka kembali peluang The Oranje untuk mara ke peringkat suku akhir.
Ketika ini, skuad kendalian Bert van Marwijk itu berada dalam situasi kritikal dalam misi memburu slot suku akhir selepas tewas mengejut 0-1 kepada Denmark pada aksi pembukaan Kumpulan B kelmarin.
Situasi itu sekali gus menyaksikan anak-anak buah van Marwijk perlu menang dalam dua baki perlawanan peringkat kumpulan iaitu menentang Jerman dan Portugal bagi mengelak tersingkir awal pada Euro kali ini.
"Kami perlu menang dalam dua perlawanan berikutnya. Kami tidak ada pilihan lain," kata van Bommel.
Sementara itu, perancang Belanda, Wesley Sneijder berharap tuah akan lebih memihak kepada mereka pada pertemuan dengan Jerman nanti.
Pada perlawanan dengan Denmark, skuad The Oranje berjaya mencipta deretan peluang bagi menjaringkan gol, namun gagal disempurnakan dengan baik.
"Apa yang positif ketika menentang Denmark ialah kami berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol.
"Kami juga akan melakukan perkara yang sama apabila berdepan Jerman nanti kerana memang itu kekuatan kami.
"Begitupun, mencipta peluang menjaringkan gol sahaja tidak cukup yang mana kami perlu menyempurnakannya dengan sebaik mungkin. Jika tidak, segala-galanya akan berakhir bagi kami," kata Sneijder.
Van Marwijk dijangka menurunkan kesebelasan terbaiknya pada pertemuan dengan Jerman dalam misi meraih tiga mata penuh.
Bagaimanapun, siapa yang bakal menjadi pilihan jurulatih itu bagi menerajui jentera serangan The Oranje masih lagi mencetuskan tanda tanya.
Pada aksi menentang Denmark, van Marwijk telah mempertaruhkan kepercayaan kepada Robin van Persie, namun kapten Arsenal itu dilihat gagal melaksanakan tugasnya dengan baik.
Situasi itu menyebabkan para penyokong Belanda mendesak van Mar- wijk untuk menurunkan penjaring terbanyak Liga Belanda, Klaas-Jan Huntelaar. - AFP
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP