GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 Jun 2012

Caroline protege Ella Juara Mentor 6


Caroline, juara Mentor 6.
SHAH ALAM: Dengan mendapat markah keseluruhan sebanyak 71 markah , protege Ella, Caroline berjaya meraih gelaran juara Mentor musim keenam Mentor 6 yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini, malam Ahad.
Caroline atau nama sebenarnya Puteri Caroline Mohd Kamel, 20, berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000 serta trofi.
Protege Ogy Ahmad Daud, Zatul atau Noor Nazatul Farahin, 23, mendapat tempat kedua dengan mendapat 60 markah , sekaligus meraih wang tunai berjumlah RM30,000 serta trofi.
Manakala protege Faizal Tahir, Anas atau Anas Ridzuan (50 markah) yang mendapat tempat ketiga menerima wang tunai sebanyak RM10,000.
Pada segmen pertama, Anas membawakan lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latiff, Zatul (Pawana dan Pelesit Kota - Search) dan Caroline membawakan lagu My Love (Justin Timberlake) dan I Don't Wanna Miss A Thing (Aerosmith).
Caroline (kanan) bersama mentornya, Ella.
Kemudian ketiga-tiga protege ditugaskan untuk berduet dengan penyanyi profesional dimana Anas membawakan lagu Selamat Malam (nyanyian Faizal Tahir) dengan Hazama, Zatul dan Ziana Zain (Nakal-Gigi dan Sedang Ingin Bercinta-Dewa 19) manakala Caroline membawakan lagu Kau Kekasihku (Siti Nurhaliza) dengan Azlan The Typewriter.
Tugasan terakhir, Anas menyampaikan lagu barunya iaitu Hanya Dirimu, Zatul (Tinggalkan Yang Lalu) dan Caroline membawakan lagu Harus Cintamu.
Format pemarkahan merangkumi 50 peratus daripada juri profesional, 30 peratus undian SMS dan 20 peratus melalui juri awam.
Juri profesional merupakan pemuzik Datuk Ramli MS dan Datuk Sharifah Aini.
Turut diumumkan adalah pemenang peserta ujibakat iaitu Najua P.Ramlee yang menyanyikan lagu Kisah Hati menerima hadiah wang tunai RM1,000.
* Sumber mStar

1 Merujuk kepada perkara diatas :

MalaysianCareer 11 Jun 2012 pada 1:55 PG  

Syabas Caroline...teruskan usaha untuk kekal kan diri dlm industri muzik tanah air

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP