GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 12 Jun 2012

‘Cinta hampa’ wanita seberang

KUALA LUMPUR: Lebih 50 kes membabitkan rakyat Malaysia terutama lelaki terkandas di Sumatera, Indonesia, sejak tahun lalu selepas diperdaya dengan cinta palsu wanita negara jiran berkenaan.


Sebahagian besar wang mereka dikikis habis sehingga tinggal sehelai sepinggang sekali gus menyebabkan mereka tidak dapat pulang ke tanah air dan membayar denda selepas didapati tinggal melebihi masa di negara itu.

Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Norlin Othaman, yang dihubungi dari sini, semalam berkata, berdasarkan laporan yang diterima pejabat Konsulat Malaysia di Medan, ramai rakyat Malaysia terutama lelaki terkandas selepas ditipu wanita warga Indonesia yang mereka kenali di tanah air sebelum datang ke sini.
“Kes yang paling banyak diterima membabitkan lelaki Malaysia yang diperdaya wanita termasuk ibu tunggal dan isteri warga Indonesia sehingga kehabisan wang sebelum ditinggalkan sehelai sepinggang.

“Kebanyakan kes ini dikesan selepas mereka datang ke pejabat konsulat dan meminta bantuan untuk pulang ke Malaysia selain menguruskan denda yang dikenakan pihak imigresen negara itu kerana tinggal melebihi masa dibenarkan,” katanya.

Beliau berkata, selain lelaki berumur dalam lingkungan 30 hingga 50-an, lelaki warga tua turut terkandas selepas menjadi mangsa penipuan wanita negara itu yang menghilangkan diri selepas mengikis wang dan barang berharga milik mereka.

“Sebahagian besar wanita ini mempunyai niat yang tidak ikhlas, justeru, saya menasihatkan rakyat Malaysia, sentiasa berhati-hati dan berwaspada agar tidak mudah terjerat dengan tipu helah mereka,” katanya. 

Selain kes penipuan cinta, sebahagian besar lagi rakyat Malaysia dilaporkan terkandas kerana terbabit dalam kes jenayah seperti keldai dadah dan memperdagangkan wanita warga Indonesia.


* Sumber Berita Harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP