GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 11 Jun 2012

Euro 2012: Sindiket pertaruhan RM100,000 ditumpas

GEORGETOWN - Polis menumpaskan sindiket bookie kejohanan  Euro 2012 yang mengaut pertaruhan RM100,000 bagi setiap perlawanan, selepas menyerbu sebuah kedai minuman di Jalan Datuk Keramat, di sini malam tadi.

Pegawai Turus Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Kontinjen Polis Pulau Pinang DSP Zailani Amit berkata dalam serbuan pada pukul 7.45 malam itu, polis menahan tiga lelaki termasuk seorang warga emas.

"Dua lelaki yang ditahan itu berumur lingkungan 30-an manakala seorang lagi berusia 79 tahun dan ketika ditahan mereka sedang  menjalankan urus niaga menerusi Internet," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati warga emas itu terbabit dengan kesalahan yang sama semasa musim bola sepak Piala Dunia yang lepas.

Katanya sindiket itu terlibat mengatur pertaruhan perlawanan bola sepak dan menerima wang pertaruhan mencecah sehingga RM100,000 bagi setiap perlawanan.

"Hasil pemeriksaan, polis menemui beberapa peralatan dan perkakasan perjudian, 49 keping kertas disyaki maklumat pertaruhan, sejumlah wang tunai, dua buah telefon bimbit dan dua jadual perlawanan bola sepak Piala Euro," katanya.

Beliau berkata mereka ditahan bagi membantu siasatan menurut Seksyen 6(3) (a) Akta Pertaruhan 1953, yang jika bersabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, atau kedua-duanya.



 - Bernama



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP