GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 Jun 2012

Jersi pasukan Euro 2012 RM500,000 dirampas


KUALA LUMPUR – Baru empat hari kejohanan bola sepak Euro 2012 berlangsung, pihak berkuasa merampas 10,000 helai jersi bola sepak pelbagai negara yang menyertai kejohanan itu, dianggar bernilai RM500,000 dalam serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat, di Jalan Galian, Taman Miharja, Cheras, hari ini.
Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur, Mohamed Mokhtar Yeop berkata, serbuan pada 9.30 pagi itu dijalankan berasaskan maklumat terdapat pengedaran jersi tiruan, yang diimport dari China, di rumah dua tingkat terbabit dan pihaknya telah menjalankan risikan selama dua minggu sebelum melakukan serbuan.
Bagaimanapun, beliau berkata, tiada tangkapan dibuat kerana pemilik jersi berkenaan tiada dan beliau telah menyewa di rumah itu untuk dijadikan stor penyimpanan selama satu tahun.
Katanya, hanya keterangan diambil daripada dua lelaki iaitu penjaga stor, 28, dan adik pemilik perniagaan jersi itu, yang berusia 30-an.
"Kita akan mencari pemilik perniagaan ini serta pemilik rumah itu dan akan siasat kes ini mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya kepada pemberita di lokasi serbuan itu.
 – BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP