GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 6 Jun 2012

Ras Adiba Radzi : Langgar kontrak jualan saham



KUALA LUMPUR: Seorang pengarah syarikat mengemukakan saman menuntut ganti rugi RM3.2 juta terhadap personaliti televisyen, Ras Adiba Mohd Radzi kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian penjualan saham pada 2006.

Pengarah Syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd, Nik Fauzi Nik Hussein, 53, memfailkan writ saman itu melalui Tetuan K C Tang & Co di Mahkamah Tinggi di sini, pada 3 Mei lalu.

Sehubungan itu, Mahkamah Tinggi menetapkan 27 Jun depan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Norhanum Hassan. Ras Adiba diwakili peguam Datuk Mohd Haziq Pillay manakala Nik Fauzi diwakili peguam Mohammad Shafie Afendi.

Menerusi pernyataan tuntutan, Nik Fauzi sebagai plaintif mendakwa dia mempunyai pegangan saham di dalam syarikat Inki Plas Holding Sdn Bhd sebanyak 65 peratus dan bersetuju menjual semua saham itu kepada Ras Adiba (defendan).

Menurut plaintif, dia bersetuju untuk menjual saham miliknya berjumlah 650,000 unit dengan nilai setiap unit adalah RM1 dan defendan bersetuju membelinya lalu memeterai perjanjian penjualan saham pada 24 Julai 2006.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa selepas ia disetemkan pada 2 Ogos 2006, defendan gagal, enggan atau cuai untuk menunaikan terma yang dinyatakan.

Plaintif juga mendakwa defendan tahu bahawa pembelian saham itu bertujuan membantu mengukuhkan kedudukan syarikat berkenaan selepas kuasa dan kawalan terhadap penstrukturan diperoleh.

Dakwanya, kegagalan defendan dalam merancang penstrukturan dan mengukuhkan syarikat menyebabkan plaintif berdepan masalah kewangan. Oleh itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan memungkiri perjanjian penjualan saham bertarikh 24 Julai 2006, tuntutan ganti rugi RM3,288,172.80 atau sebahagian atau apa-apa bahagian, selain perintah atau relif yang sesuai dan berpatutan.

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP