GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 13 Jun 2012

Tonton EURO 2012 di Astro On-The-Go


SEORANG model menunjukkan contoh Astro On-The-Go yang boleh ditonton menerusi iPad dan komputer riba
SEJAK mula ditubuhkan pada tahun 1996, beberapa inovasi telah dilakukan oleh stesen TV satelit berbayar negara, ASTRO Malaysia Holdings Sdn Bhd (Astro) bagi memberi khidmat terbaik kepada para pelanggannya.
Setelah tampil dengan kemudahan seperti saluran Definisi Tinggi (HD), 3 Dimensi (3D), Astro First dan, Video Atas Permintaan (VOD) Astro B.yond Perakam Video Peribadi (PVR), kini Astro memperkenalkan perkhidmatan terbaharu yang dikenali sebagai saluran Astro On-The-Go.
Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Datuk Rozana Rozhan berkata, perkhidmatan tersebut memberi kemudahan kepada pelanggan untuk menonton saluran menerusi peranti sama ada melalui iPad atau komputer riba.
“Buat permulaan, sebanyak 11 saluran yang disediakan merangkumi hiburan dan informasi serta ditawarkan secara percuma kepada para pelanggan Astro sehingga 31 Ogos ini.
“Bagaimanapun, untuk fasa pertama ini, Astro On-The-Go hanya boleh ditonton menerusi komputer riba dan iPad. Kemudian pada fasa kedua yang akan bermula pada 1 September ini, pengguna iPhone dan Android boleh menikmati perkhidmatan ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu majlis pelancaran yang diadakan di Hotel Double Tree by Hilton baru-baru ini. Turut hadir pada majlis tersebut, Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan dan Ketua Pegawai Inovasi, Brian Lenz serta Ketua Pegawai Perdagangan, Liew Swee Lin.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kemudahan berkenaan, Rozana memberitahu pelanggan perlu mendaftar terlebih dahulu menerusi laman web www.astro.com.my/onthego, manakala pengguna iPad pula perlu memuat turun aplikasi yang disediakan.
Antara saluran yang disediakan termasuklah Cable News Network (CNN), Disney Channel, Disney Junior, One HD, Astro Awani, Astro Xiao Tai Yang, Astro TVIQ, Astro Warna, Astro AEC, Astro Ria Plus dan Astro Shuang Xing.
Ujar Rozana, dengan kemudahan yang telah disediakan pada pelanggan, mereka boleh menonton rancangan kegemaran di mana-mana sahaja dengan menggunakan komputer riba atau iPad.
“Kini pelanggan bukan sahaja boleh menonton saluran Astro di rumah, malah dapat menikmati rancangan kegemaran di mana-mana sahaja. Misalnya, ketika berada di sesebuah tempat yang menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar (WiFi).
“Tidak ketinggalan kepada penggemar bola sepak di seluruh Malaysia, mereka juga boleh menonton perlawanan bola sepak sempena EURO 2012 menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go,” ujarnya.
Tambahnya lagi, perkhidmatan terbaharu tersebut mencerminkan perkembangan secara berterusan Astro untuk memanfaatkan inovasi teknologi terkini serta melaksanakan aspirasi menambahkan bilangan pelanggan dan meluaskan capaian kepada lebih ramai penonton tidak kira di mana mereka berada.
* Sumber kosmo!


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP