GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 16 Julai 2012

Madonna disaman isu lambang Nazi Jerman


MADONNA mengacukan pistol mainan dalam konsertnya di Paris kelmarin.
PARIS - Parti politik berhaluan kanan Perancis, Barisan Nasional akan menyaman penyanyi terkenal, Madonna selepas video muziknya memaparkan terdapat simbol Nazi di wajah pemimpin parti itu, Marine Le Pen semasa konsertnya berlangsung di sini kelmarin.
Video yang disiarkan di sebuah skrin gergasi memaparkan wajah Madonna bersama beberapa tokoh terkemuka seperti Ketua Gereja Kristian Roman Katholik, Pope Benedict XVI dan bekas presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Wajah Pen muncul beberapa saat dengan simbol Fasis dan diikuti seorang lelaki mirip pemimpin Nazi, Adolf Hitler.
"Satu kes kerana menghina akan dikemukakan pada minggu depan," kata Naib Presiden parti Barisan Nasional, Florian Philippot.
Philippot menganggap imej-imej itu sebagai satu provokasi yang tidak boleh diterima kerana ia cuba menyamakan Pen yang memenangi 18 peratus undi pada pilihan raya Presiden Perancis pusingan pertama pada April lalu dengan fahaman fasis.
 - Reuters

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP