GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 13 Julai 2012

Uncle Seekers ditahan semula


UNCLE SEEKERS (kanan) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas perintah reman dikeluarkan terhadapnya di Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU - Pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas, 46, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers ditahan semula sejurus dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya kelmarin.
Uncle Seekers ditahan kira-kira pukul 7 malam bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai lepas.
Semalam, polis berjaya mendapat perintah reman selama tiga hari terhadap lelaki itu daripada Mahkamah Majistret di sini.
Uncle Seekers yang ditemani peguam V. Thiru Kumar tersenyum apabila dibawa keluar dari kamar mahkamah kira-kira pukul 4 petang selepas perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat.
Sebelum ini, dia ditahan reman selama tujuh hari yang berakhir kelmarin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan di dalam blog miliknyawww.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim berkata, kertas siasatan terhadap lelaki itu berkaitan kes di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 telah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya kelmarin untuk tindakan lanjut.
* kosmo!

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP