GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 12 Ogos 2012

Bahana Dosa Suami


KUALA LUMPUR: “Setiap kali Ramadan, saya rindukan anak. Saya harap sangat dapat bertemu mereka menjelang Aidilfitri, walaupun sekali, sebelum saya menghembuskan nafas terakhir,” kata Nur Haina Muhammad, 59 (bukan nama sebenar) ketika ditemui di Rumah Solehah, sebuah pusat penjagaan penghidap Aids di sini, baru-baru ini.

Haina yang lima tahun disahkan menjadi pembawa HIV berkata, dengan usia makin lanjut dan sampai di penghujung, dia berharap sangat untuk bertemu empat anak kandungnya bagi melepaskan rindu.

“Sudah terlalu lama saya tak jumpa anak, saya minta mereka jangan lupakan saya.

“Saya tak pasti umur masih panjang atau tidak. Dengan penyakit dihidapi, saya takut kalau sampai masanya tak dapat berjumpa mereka.

“Tambahan pula dua rakan saya yang juga penghidap Aids sudah dijemput Ilahi, menyebabkan saya kini menghitung hari menunggu detik hilang nyawa,” katanya yang berasal dari utara Semenanjung.

Menunaikan impian Haina bertemu anaknya adalah ‘ubat’ mujarab yang dapat membantu menghilangkan tekanan mental dan perasaan warga emas itu.

Exco Pelatih di Rumah Solehah, Fadzilah Abd Hamid berkata, pihaknya berusaha menunaikan permintaan Haina dan kini menjejaki anak kandungnya.

Katanya, setakat ini beliau hanya berjaya menghubungi anak tiri Haina yang pernah mengunjungi wanita itu.

“Begitupun, lebih elok jika anak kandung datang berjumpa. Ia juga ibarat terapi minda kepada Haina supaya tidak tertekan dengan penyakit dihidapinya.

“Sedikit sebanyak, jika hajat Haina dapat ditunaikan nanti, ia akan mengurangkan penderitaannya,” katanya. Beliau berkata, ramai pembawa virus HIV menghadapi tekanan mental kerana ia tidak saja mengganggu fizikal pesakit, bahkan mental mereka.

“Sebab itu, peranan keluarga sangat penting. Setidak-tidaknya ia memberi harapan kepada penghidap penyakit ini,” katanya.

Fadzilah berkata, di Rumah Solehah, selain diberi pengajaran agama dan rohani, penghuni diajar berdikari, menjaga tingkah laku dan kebersihan diri.

“Jika keluar dari rumah ini, kita mahu mereka bukan saja bersedia dari segi rohani, bahkan boleh berdikari dan tidak menyusahkan orang lain,” katanya.

Rumah Solehah yang terletak di Kampung Pandan, di sini, adalah projek di bawah naungan Persatuan Perubatan Islam Malaysia. Mereka juga memiliki rumah sama untuk pembawa HIV kanak-kanak di Cheras.

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP