GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 22 Ogos 2012

Bank Of Canada Mohon Maaf Buang Imej Wanita Asia Dari Wang Kertas $100


TORONTO: Bank pusat Kanada memohon maaf pada Isnin kerana membuang imej seorang ahli sains wanita berwajah Asia pada versi awal wang kertas polimer $100 yang baru.
Kenyataan Gabenor Bank of Canada Mark Carney dikeluarkan hanya beberapa hariselepas laporan berita menyiarkan bahawa bank itu telah menggantikan lakaran wanita berwajah Asia dengan seorang wanita berkulit putih, membangkitkan kemarahan orang ramai di negara pelbagai budaya ini.
Imej asal itu ditukar selepas kumpulan sasaran yang dirujuk oleh bank terbabit berkaitan wang kertas baru itu membangkitkan persoalan tentang etnikwanita berkenaan.
"Dalam pembangunan wang kertas $100 kami, usaha oleh pereka wang kertas untuk mengelakkan menggambarkan individu tertentu, menyebabkan imej yang dihasilkan hanya mewakili satu kumpulan etnik," kata Carney dalam kenyataan yang disiarkan di laman web bank berkenaan.
"Itu bukan niat bank dan saya memohon maaf kepada mereka yang tersinggung. Cara bank mengendalikan isu ini tidak memenuhi piawaian rakyat Kanada sewajarnya yang diharapkan daripada kami," katanya.
Beliau berkata, lakaran yang telah diubah itu adalah imej 'photoshop' wanita Asia yang melihat melalui mikroskop.
Carney berjanji untuk mengkaji semula proses rekaan bank itu susulan pertikaian berhubung wang kertas berkenaan, dan berkata wang kertas itu milik semua rakyat Kanada.
Sebagai negara yang dihuni kira-kira 35 juta orang, penduduk Kanada pada 2006 termasuk 5.2 juta orang daripada kumpulan minoriti yang ketara.
Bank of Canada mula mengedarkan wang kertas polimer itu hujung tahun lepas dengan memperkenalkan wang kertas $100.
Wang kertas $50 diperkenalkan pada Mac tahun ini dan denominasi lain dijangka berada dalam edaran menjelang hujung tahun depan sebagai sebahagian daripada kempen memerangi wang palsu. - BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP