GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Berbuka Puasa awal cetus gaduh


Tunis: Perbalahan tercetus antara dua kumpulan jemaah di sebuah masjid di Tunisia selepas satu daripada kelompok terbabit didakwa berbuka puasa beberapa minit lebih awal, Isnin lalu, lapor media rasmi di sini. 

Pergaduhan bermula apabila pengikut kumpulan seorang pemimpin Salafi berbuka puasa lebih awal sebelum azan dilaungkan khatib masjid Hidaya di Beja, utara Tunisia, lapor agensi berita TAP.
Kejadian itu mencetuskan kemarahan kumpulan lain yang juga berada di masjid yang sama. Mereka saling tuduh sebelum keadaan menjadi lebih buruk apabila ada yang menggunakan pisau dan gas pemedih mata, kata saksi yang dipetik agensi TAP.

Pergaduhan antara kumpulan Salafi adalah sesuatu yang luar biasa di Tunisia kerana golongan Islam digelar ultra konservatif itu biasanya berbalah dengan kumpulan sekular atau kumpulan Islam yang dianggap terlalu liberal. 

Ahad lalu, seorang pengasas Ennahda, parti Islam berhaluan sederhana yang memenangi pilihan raya tahun lalu, diserang dan dicederakan oleh kumpulan radikal Islam pada satu persidangan mengenai agama dan toleransi. 

Ia disebabkan langkahnya mempertahankan Youssef Seddik, seorang tokoh intelektual yang dibenci golongan konservatif. 

Golongan salafi di Tunisia berkembang dengan lebih yakin selepas revolusi hingga ada sebahagiannya menyerang sebuah pameran karya seni di ibu negara pertengahan Jun lalu atas alasan ia menyalahi ajaran agama. Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP