GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Ogos 2012

Cara suami, isteri tunjuk cinta berbeza


Texas: Satu kajian Universiti Texas mendapati suami dan isteri sama romantik, namun mereka melahirkan perasaan dengan cara berbeza. 

Penyelidik di universiti itu menemuramah 168 pasangan berkaitan empat perkara dalam perkahwinan mereka, lapor akhbar The Daily Telegraph Britain kelmarin. 

Suami dan isteri disoal secara berasingan mengenai bagaimana rapat dan dekatnya mereka terhadap pasangan selain beberapa soalan berhubung tabiat setiap seorang sejak 24 jam lalu. 

Penyelidik mendapati isteri “kelihatan mempamerkan perasaan cinta dengan cenderung menjaga suasana emosi perkahwinan mereka” sementara cinta suami “jelas mencetuskan satu persekitaran yang menarik pasangan bersama-sama dalam aktiviti.” 

“Bertentangan dengan tanggapan bahawa wanita lebih cenderung berbanding lelaki menunjukkan kasih sayang menerusi perasaan, suami bertindak sama seperti isteri melahirkan kecintaan mereka dengan melakukannya menerusi tingkah laku hangat dan intim,” tulis penyelidik dalam Buletin Personaliti dan Psikologi Sosial. - Agensi 

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP