GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 12 Ogos 2012

Digantung kerja gara-gara burung

Daging burung merpati dikatakan kaya dengan protin dan rendah lemak.

Pegawai hidupan liar cadang budak miskin diberi makan daging merpati 

Buenos Aires: Seorang pegawai wilayah di Argentina digantung tugas Rabu lalu, selepas mencadangkan agar kanak-kanak keluarga berpendapatan rendah diberi makan daging burung merpati bagi menangani ledakan populasi haiwan itu.

Gabenor wilayah Cordoba, Jose Manuel de la Sota, dalam satu kenyataan berkata Oscar De Allende kementerian alam sekitar hidupan liar digantung tugas berikutan ‘cadangan kontroversi memakan daging burung merpati’.  

Allende mencadangkan program pengedaran makanan dan pakaian kepada pelajar miskin dikenali Paicor, turut menghidangkan daging burung merpati di sekolah awam. 

“Kami menganggarkan ada 600 juta burung merpati di Cordoba. Kita patut mempertimbangkan merpati sebagai sumber makanan yang banyak dan bukan perosak. Kami sedang bekerjasama dengan Paicor untuk memulakan projek menjadikan burung merpati sebagai makanan,” katanya. - AFP

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP