GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 19 Ogos 2012

Gambar : Main bola sepak api selepas terawih


LEBAK, Jawa Barat - Permainan bola sepak api yang dimainkan ketika bulan Ramadan sama ada selepas solat subuh atau sesudah solat tarawih sudah menjadi satu tradisi di beberapa daerah di Indonesia.
Di Cibadak, Lebak, Banten, Jawa Barat, permainan itu dimainkan selepas selesai solat tarawih, lapor Liputan6.com.

Permainannya sama seperti sukan bola sepak, melibatkan perlawanan antara dua pasukan.
Namun bola yang digunakan berlainan dengan bola biasa, yang mana ia menggunakan buah kelapa yang telah direndam dengan minyak tanah selama beberapa jam yang kemudiannya dibakar.

Bagi remaja di kampung Cibadak, permainan itu hanyalah satu hiburan kepada mereka selepas selesai mengerjakan tarawih dan sambil menunggu sahur.

Mereka turut mengakui pada awalnya mereka turut berasa ragu untuk menendang bola yang berapi itu.
Para remaja yang bermain permainan itu juga perlu mempunyai kemahiran, selain memiliki mental dan spiritual yang tinggi. - AGENSI





* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP