GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 20 Ogos 2012

Guru wanita ditawar RM185,580 untuk berbogel


melissa petro
NEW YORK - Pihak pengurusan majalah High Societymenawarkan AS$60,000 (RM185,580) kepada seorang guru wanita, Melissa Petro untuk bergambar dalam keadaan bogel, lapor sebuah akhbar semalam.
Tawaran itu menyamai dengan gaji tahunan guru itu selama setahun.
Majalah itu membuat tawaran tersebut selepas guru itu mendedahkan dalam laman blognya bahawa dia pernah menjadi pelacur.
Pada awal bulan ini, guru itu menulis dalam ruangannya di akhbar Huffington Post yang menyatakan pada Oktober 2006 hingga Januari 2007, dia memperoleh wang sebagai pertukaran untuk perkhidmatan seks.
Sebelum ini, Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg menyatakan sokongannya berhubung desakan supaya guru itu tidak lagi mengajar.
Ekoran pendedahan itu, guru tersebut telah ditukarkan untuk melakukan kerja-kerja pentadbiran.
Seorang wakil majalah High Society, Daniel Nardio memberitahu akhbar itu, jika guru tersebut menerima tawaran untuk berbogel, gambarnya akan disiarkan untuk edisi Disember depan. - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP