GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Ogos 2012

Majalah pilih model berisi


GAMBAR muka depan Just As Beautiful.
LONDON - Sebuah majalah Just As Beautiful di Britain menggunakan pendekatan berlainan daripada kebiasaan apabila ia menampilkan model-model wanita yang berisi berbanding kurus.
Menurut sebuah akhbar semalam, majalah itu akan menyiarkan artikel mengenai fesyen, masakan dan gaya hidup tetapi tidak mengandungi maklumat cara-cara untuk berdiet.
Editor majalah itu, Sue Thompson berkata, dia mahu para pembaca mengetahui bahawa mereka tidak perlu mengubah penampilan untuk menjadi kurus.
Menurutnya, ramai orang berfikir mereka perlu untuk berubah setelah terdedah dengan mesej mengenai perubahan bentuk badan.
Majalah itu diterbitkan tiga tahun lalu sebagai penerbitan digital percuma menerusi e-mel dengan edaran 30,000 naskhah.
Bagaimanapun, pada bulan ini ia dijadikan majalah bulanan dan dijual di beberapa kedai terpilih dan secara langganan pada harga £4.70 (RM23.01).
Penerbit majalah itu, Ronnie Ajoku berkata: "Majalah ini ada kelas dan bukannya majalah lucah.
"Tidak ada seksyen diet tetapi kami mempunyai maklumat mengenai senaman." - Agensi
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP