GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 12 Ogos 2012

Mexico juara bola sepak Olimpik 2012


JUARA...Pemain Mexico, Oribe Peralta (dua, kanan) menjaringkan gol keduanya ketika aksi final bola sepak lelaki di Sukan Olimpik, London malam Sabtu. Mexico memperoleh pingat emas selepas menewaskan Brazil 2-1
LONDON - Impian bintang-bintang bola sepak Brazil untuk memenangi pingat emas Olimpik buat pertama kali berkecai selepas tewas 1-2 kepada Mexico pada perlawanan akhir di Stadium Wembley semalam.
Pasukan samba itu bermula hambar apabila kesilapan pertahanan Manchester United, Rafael da Silva yang kehilangan bola di luar kotak penalti dihukum Oribe Peralta ketika perlawanan baru bermula 29 saat.
Peralta memanfaatkan peluang tersebut dengan meledak tendangan kencang dari jarak 20 meter bagi menewaskan penjaga gol Brazil.
Ia merupakan gol paling pantas dalam temasya Olimpik sejak rekod mengenai jaringan gol dimulakan pada tahun 1976.
PERALTA (dua dari kiri) meraikan jaringan keduanya semasa Mexico mengalahkan Brazil 2-1 pada perlawanan akhir semalam.
Brazil cuba menguasai perlawanan namun Mexico kebal bertahan dan menafikan beberapa percubaan termasuk daripada penyerang, Neymar dan Leandro Damiao.
Sebaliknya Mexico pula menambah jaringan pada minit ke-75 sekali lagi menerusi Peralta.
Brazil mendapat gol sagu hati pada minit ke-90 namun ia sudah terlewat dan gagal menghalang Mexico membawa pulang pingat emas.
Sementara itu, Korea Selatan menjinakkan seteru utama, Jepun 2-0 untuk memenangi pingat gangsa di Stadium Millennium di sini semalam.
Peledak berbisa Arsenal, Park Chu-Young dan kapten, Koo Ja-Cheol menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan lawan apabila masing-masing menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
- Agensi

2 Merujuk kepada perkara diatas :

Relevan 12 Ogos 2012 pada 6:52 PG  

Malaysia Boleh ! Sabarr..

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP