GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Ops Sikap Ke-26 Dilancar Esok - Ismail Omar


KUALA LUMPUR: Ops Sikap ke-26 yang akan dilancar pada Jumaat dilaksana dengan beberapa penambahbaikan dalam usaha mengurangkan peratusan kemalangan jalan raya pada musim perayaan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata penambahbaikan itu akan diumum semasa pelancaran di Dataran Shah Alam, Selangor.
"Tunggu saja esok (Jumaat), kita akan umumkan apa pembaharuan itu," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pembungkusan kuih raya oleh anggota Persatuan Keluarga Polis (Perkep), di Bukit Aman, di sini Khamis.
Sejak dilaksanakan pada 2001, Ops Sikap yang menggantikan Ops Statik memperkenalkan beberapa pembaharuan ketika pelaksanaannya seperti tindakan saman serta-merta yang dijalankan pada edisi ke-25 sempena Tahun Baru Cina.
Dalam pada itu, Ismail berkata polis juga akan melakukan beberapa pembaharuan dalam penugasan anggotanya, untuk mengurangkan kejadian jenayah ketika sambutan Aidilfitri.
"Kita akan fikirkan bagaimana untuk kurangkan jenayah pada musim perayaan ini supaya orang ramai dapat balik kampung dengan perasaan selamat dan tidak perlu bimbang dengan kejadian jenayah," katanya.
Pada majlis itu sebanyak 4,700 bungkusan yang mengandungi kuih raya dan kain pelekat disediakan oleh 200 anggota Perkep.
Sebahagian daripada bungkusan itu akan disampaikan kepada anggota polis yang bertugas pada Aidilfitri dan selebihnya kepada yang bertugas di luar negara. 
- BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP