GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 21 Ogos 2012

Pengarah Hollywood bunuh diri


JAMBATAN San Pedro tempat Scott melompat, pagi semalam.

LOS ANGELES: Pengarah filem terkenal Hollywood, Tony Scott, membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan di San Pedro, California, semalam. Dikenali dengan banyak filem aksi - termasuk Top Gun dan Enemy of the State - Scott dilaporkan memanjat pagar jambatan itu “tanpa teragak-agak” sebelum melompat ke air.

Beberapa saksi berkata, mereka melihat kasut Scott terapung-apung di air sejurus selepas dia melompat. Polis dan anggota Pengawal Pantai AS menarik keluar mayat Scott tidak jauh dari Jambatan Vincent Thomas itu yang dibina tidak jauh dari Pelabuhan Los Angeles.

Koroner berkata, Scott, 68, melompat dari struktur jambatan itu. Media pula melaporkan, polis menemui sekeping nota dalam kereta Toyota Prius dipandu Scott yang ditinggalkan di atas jambatan. Menurut sumber, nota itu menyenaraikan maklumat bagaimana isterinya, Donna Scott, boleh dihubungi untuk memaklumkan insiden itu.

TONY Scott.

“Penyiasat kemudian menemui nota terakhir ditinggalkan Scott di pejabatnya,” katanya.

Bagaimanapun, kandungan nota itu tidak didedahkan setakat ini. Pihak berkuasa menghubungi penyelam dan sebuah helikopter untuk mengesan mayat Scott sebelum ia ditemui kira-kira jam 3 petang (6 pagi waktu Malaysia), empat jam selepas dia membunuh diri.

Pencarian itu juga menyebabkan operasi feri ke Pulau Santa Catalina tergendala beberapa jam. Scott adalah adik kepada seorang lagi pengarah terkenal, Ridley Scot, yang pernah memenangi Oscar bagi filem seperti Gladiator dan Black Hawk Down.


Scott - lahir di Britain pada 1944 - banyak diingati kerana kejayaan filem Top Gun yang dibintangi Tom Cruise.

Filem lain diarah Scott ialah Days of Thunder, Beverly Hills Cop II, Spy Game, Unstoppable dan Crimson Tide. - AFP

* Sumber




0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP