GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 14 Ogos 2012

Penggodam paling seksi


KRISTINA SVECHINSKAYA
NEW YORK - Seorang pelajar berusia 22 tahun dari Rusia, Kristina Svechinskaya diberi gelaran sebagai penggodam komputer paling seksi di dunia selepas dia dikaitkan dengan aktiviti penipuan siber bernilai AS$34.81 juta (RM107.7 juta), lapor sebuah akhbar semalam.
Dia dituduh menggunakan pasport palsu untuk membuka banyak akaun bagi tujuan memasukkan wang yang dicuri daripada pelanggan-pelanggan bank.
Polis percaya, Svechinskaya direkrut untuk menjadi penggubah wang haram oleh satu kumpulan penjenayah berteknologi tinggi.
Kumpulan penjenayah itu menggunakan virus Zeus Trojan untuk menggodam akaun-akaun bank sebelum mencuri nombor akaun, nama pengguna dan kata laluan.
Dia merupakan salah seorang daripada empat pelajar yang dituduh bersubahat dengan kumpulan penjenayah terbabit setelah para penyiasat menahan 37 suspek dari Eropah Timur.
Wang yang dicuri itu dimasukkan ke dalam bank akaun palsu di Amerika Syarikat (AS) oleh individu seperti Svechinskaya yang dikatakan menerima komisen sebanyak 10 peratus daripada keuntungan tersebut.
Svechinskaya dituduh membuka sekurang-kurangnya lima akaun dengan menggunakan nama sendiri dan nama samaran seperti Anastasia Opokina serta Svetlana Makarova.
Dia berdepan hukuman penjara sehingga 40 tahun atas tuduhan konspirasi menipu bank dan menyalahgunakan pasport. - Agensi
* Sumber

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Admin 1 Julai 2013 pada 5:49 PTG  

Assalamualaikum....

Nama dia "Svechinskaya" ?. memang dia dah capai tahap "kaya" dah dengan duit yang dicilok secara siber... tapi kini dah tak kaya sebab dah "kayap" bila ke penjara....

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP