GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 9 Ogos 2012

Sanggup buat apa saja


GAMBAR Pereira dalam karung sampah yang dirakam pengawal penjara.

CURITIBA: Dua banduan cuba melarikan diri dari sebuah penjara di Brazil dengan bersembunyi dalam karung sampah dengan harapan akan diangkut oleh pengawal penjara.

Sidney da Cruz, 24, dan Carlos Pereira, 18, berharap akan diangkat dan dicampakkan di luar penjara oleh kakitangan di Penjara Delegacia de Furtos di Curitiba, selatan Brazil.

Bagaimanapun, seorang pengawal menggagalkan rancangan mereka selepas menyedari beg plastik itu ‘bergoyang,’ menurut laporan akhbar Internet Brazil, Terra.

Cubaan untuk melarikan diri itu bermula selepas makan tengah hari Selasa lalu apabila sisa makanan dan pinggan plastik dimasukkan ke dalam karung sampah.

Kedua-dua lelaki berkenaan yang dipenjara kerana mencuri kereta, masuk ke dalam karung plastik di sebelah karung lain yang disusun di koridor untuk diangkat pengutip sampah.

Pengawal, Cleverson Mineiro memberitahu stesen televisyen Record: “Saya berjalan melintasi karung sampah dan menyedari ada sesuatu yang bergerak.
BANDUAN Da Cruz dan Pereira bersembunyi dalam karung sampah. 

“Mulanya saya menyangka tikus.

Tetapi selepas memeriksa lebih dekat, saya melihat dua banduan bersembunyi dalam karung sampah terbabit.”

Ketua Polis, Gerson Alves Machado berkata: “Saya tidak tahu bagaimana mereka menjangka ada orang yang akan mengangkut mereka dan membawa mereka pergi.

“Mereka lelaki dewasa dan karung itu diperbuat daripada plastik nipis.” Kedua-dua banduan itu ditangkap dan hukuman mereka mungkin dilanjutkan.

Pihak berkuasa penjara kini melancarkan siasatan mengenai bagaimana banduan terbabit boleh masuk ke dalam karung yang sudah diikat itu.

Cubaan kedua-dua banduan berkenaan tidaklah senekad banduan Perancis, Pascal Payet, yang berjaya melarikan diri dari penjara sebanyak tiga kali, semuanya dengan menggunakan helikopter.

Payet melarikan diri kali pertama pada 12 Oktober 2001 apabila seorang rakan mendaratkan helikopter di penjara Luynes di selatan Perancis dan melarikan penjenayah itu.

Tindakan keduanya pula ialah secara teknikal memecah masuk penjara apabila Payet mengatur usaha ‘menyelamat’ dengan helikopter untuk membawa tiga rakan penjaranya lari dari Luynes pada 2003.

Apabila ditangkap semula pada 2003, pihak berkuasa memindahkan Payet dari satu penjara ke penjara yang lain.

Tetapi pada 14 Julai 2007, di penjara Grasse, tenggara Perancis, Payet melarikan diri lagi, juga dengan menggunakan helikopter.

Dia ditangkap pada 21 September 2007 di Sepanyol dan kini masih merengkok di penjara. - DM

* Sumber



0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP