GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 6 September 2012

Apa kata artis kita tentang Fenomena Gangnam Style

BILA disebut, Gangnam Style, pastinya minda kita mula terbayang rentak muzik dan tarian kuda yang dilakukan oleh penyanyi Korea, PSY.

Bukan sahaja berjaya meledakkan fenomena di negara mereka, malah cara tarian lawak itu turut mempengaruhi minda seluruh masyarakat termasuk negara kita.

Mana tidaknya, sejak rakaman video ini diperkenalkan di YouTube, ia dapat menarik perhatian jutaan penonton.

Malah, rata-rata masyarakat mula memperkatakan mengenai Gangnam Style. Bukan sahaja masyarakat, golongan artis juga tidak terkecuali dalam mengikuti perkembangan muzik baru ini.

Jom kita tinjau pandangan selebriti kita mengenai Gangnam Style!


Esma Daniel
"Gangnam Style ni turut menjadi fenomena di negara kita, di mana sahaja orang bercakap mengenainya. Tapi, dari segi penyampaian, saya tidak berapa jelas sangat. Ia lebih kepada hiburan berbentuk tarian. Namun, seperti yang kita ketahui, perkara yang mengasyikkan tidak boleh ditonton sehingga menyebabkan diri kita lalai. Boleh tengok, tapi jangan terlalu fanatik sangat dan jangan pula kita secara terang-terangan memboikot muzik sebegini. Anggap sahaja ia sebagai bahan hiburan semata-mata.”

Ana Raffali
"Apa itu Gangnam Style? Saya tidak tahu langsung mengenainya dan tidak pernah ada yang bercerita kepada saya mengenai muzik itu. Lagipun, saya tidak kenal penyanyinya dan tidak pernah menonton video itu.”

Nabil Raja Lawak
"Saya memang minat sangat tengok video Gangnam Style ni. Bukan sahaja muziknya yang catchy, malah tarian kudanya juga mempunyai karakter dan seni yang tersendiri. Saya berhasrat untuk menghasilkan lagu parody Gangnam Style selepas ini. Saya yakin, Gangnam Style mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.”

Mohd Mentor
"Idea yang bagus yang boleh dikongsi bersama masyarakat. Sebelum ini, tak pernah ada lagi muzik dan video tarian seperti itu. Ia satu percubaan yang baik dan mendapat sambutan di serata negara. Tidak salah sekiranya ia menjadi trend muda mudi kini yang sememangnya mahukan sesuatu yang baru dan lebih relaks.”

Kamal Adli
"Industri seni kini kian berkembang maju dan ia turut disertakan dengan kemunculan idea baru yang boleh diikuti. Selain mempunyai muzik yang rancak, ia juga mempamerkan cara tarian unik yang boleh diterima masyarakat. Saya pun ada sekali sekala menonton video tersebut dan sememangnya ia ringkas dan menghiburkan.”

Black
"Saya tengok video tu, biasa sahaja. Tiada apa yang istimewa untuk diagungkan. Saya juga pelik bila masyarakat mengatakan bahawa muzik itu bagus dan sangat menyeronokkan. Bagi saya, ia hanyalah tarian biasa dan tidak mempunyai apa-apa. Tidak perlu rasanya kita mengangkat muzik sebegitu kerana banyak lagi tarian dan muzik di negara kita yang boleh diikuti. Lagipun, ada babak video yang tidak elok dipertontonkan kepada kanak-kanak dan boleh merosakkan minda.”

* Sumber Sinar Harian

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP