GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 September 2012

Bergaduh gara-gara bau ikan pekasam


google imej
PELABUHAN KLANG - Gara-gara tidak tahan bau  ikan pekasan yang digoreng, dua jiran bertengkar hingga nyaris mencederakan antara satu sama lain.

Sumber polis berkata, jiran yang tinggal bersebelahan itu mula bertengkar apabila seorang daripada mereka menggoreng ikan pekasam untuk hidangan makan malam.
"Bagaimanapun, bau ikan pekasam yang digoreng itu menimbulkan rasa kurang senang jirannya.
"Kita difahamkan, jiran berkenaan cuba bersabar namun kemarahan tidak dapat dibendung kerana bau kurang menyenangkan itu berlarutan sehingga mengganggu rehatnya.
"Disebabkan bau itu, dia menjerit memanggil jirannya," katanya.
Menurutnya, berang kerana tidak diberikan respons, dia terus menerpa ke rumah jirannya dan menyebabkan keadaan tegang serta berlaku pertengkaran antara keduanya.

"Masing-masing mempertahan tindakan dan pertengkaran berlaku selama beberapa minit.

"Suasana kembali pulih selepas kedua-dua mereka ditenangkan saudara dan jiran terdekat," katanya.

Bagaimanapun, keluarga yang tidak berpuas hati dengan tindakan jirannya menggoreng ikan pekasam itu terus membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang.

Dalam laporan tersebut, keluarga berkenaan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan kerana aktiviti jirannya menggoreng ikan pekasam  mengganggu ketenangannya dan keluarga serta mahu keberadaan mereka  yang tinggal bersebelahan dihormati.
* Sumber Sinar Harian

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Lagubestbest 3 Januari 2013 pada 12:03 PTG  

Humm.. jarang2 je mama masak pekasam, adalah setahun tiga empat kali. Tapi bila mama masak, confirm ada yang batuk2, bersin. Tp xdelah marah2, unik ape 'ikan pekasam' makanan tradisional.

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP