GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 8 September 2012

Kecam syarat payu dara dalam pertandingan ratu cantik


BEIJING: Syarat yang ditetapkan oleh penganjur satu pertandingan ratu cantik supaya peserta mempunyai jarak sekurang-kurangnya 20 sentimeter antara dua puting payu dara mengundang kritikan orang ramai di Internet.

“Mengapa lebih daripada 20 sentimeter? Secara jujur, saya tidak tahu siapa yang mempunyai susuk sedemikian,” kata seorang pengguna di Weibo, Twitter versi China. “Bagaimana jarak payu dara termasuk dalam standard kecantikan? 

Adakah mereka menganggap wanita sebagai barang mainan? Mengadili wanita melalui kriteria sedemikan sangat kuno,” kata personaliti televisyen, Yang Lan dalam mikroblog itu. Pertandingan itu yang bertujuan memahkotakan 10 pelajar universiti di tengah Hubei menitikberatkan kecantikan dari sudut tradisional China dan standard moden Barat, kata kakitangan pertandingan sebagaimana dipetik akhbar Global Times.

Penganjur pertandingan telah melakukan penyelidikan di Internet untuk menentukan kriteria bagi pertandingan itu.

Sebagai tambahan kepada ukuran tradisi seperti dada, pinggang dan pinggul, pertandingan juga mensyaratkan ruang antara anak mata peserta perlu 46 peratus daripada jarak antara anak mata dengan telinga. China menganjurkan banyak pertandingan ratu cantik, termasuk enam Miss World sejak sembilan tahun lalu.

Pesertanya, Yu Wenxia memenangi gelaran dalam pertandingan itu di peringkat antarabangsa yang berlangsung di utara negara itu bulan lalu.

“Pertandingan ratu cantik ini tidak masuk akal,” kata seorang lagi pengguna Weibo. “Atas dasar apa juri mengguna pakai standard mereka sendiri untuk mengukur erti kecantikan?,” katanya. - AFP

* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP