GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Sabtu, 8 September 2012

Lelaki telan berlian ditahan

Berlian yang ditelan Chou berjaya dikeluarkan dari perutnya.

Colombo: Seorang lelaki yang melawat satu pameran permata di Sri Lanka dilaporkan menelan sebutir berlian di hadapan pemiliknya menyebabkan beliau terpaksa dibawa ke hospital oleh pihak polis. 

Hasil X-ray menunjukkan permata berharga AS$13,000 (RM45,530) itu berada dalam perut lelaki berkenaan.

Pemilik berlian yang menyertai pameran itu Suresh Wijekon bahawa lelaki berkenaan bersikap mencurigakan di premis beliau dan apabila beliau mendekati suspek, lelaki terbabit secara tiba-tiba menelan berlian di tangannya sebelum Suresh memaklumkan kepada pihak polis di tempat pameran berkenaan. 


Chou Wan, 32, dari China ditahan untuk siasatan lanjut, kata jurucakap polis, Ajith Rohana. 

Dalam badan 

“Laporan X-ray menunjukkan bahawa berlian itu berada dalam badan Chou,” kata pengarah hospital, Dr. Anil Jasinghe di Colombo National Hospital di mana suspek dibawa untuk menjalani ujian. 

Suresh pemilik Belgrade International Pvt Ltd berkata berlian terbabit seberat 1.5 karat dan dilaporkan bernilai 1.8 juta rupee Sri Lanka. 

Sri Lanka tidak melombong berlian tetapi terkenal dengan batu permata lain yang amat berharga. Facets Sri Lanka 2012 adalah pameran batu permata dan perhiasan tahunan terbesar negara berkenaan dan ia menarik sejumlah besar pembeli dalam dan luar negara.

 - Agensi


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP