GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 10 September 2012

Mangsa serangan seks ‘terguris’, mahu hakim minta maaf

Jacqueline Hatch 

SEORANG mangsa serangan seks, yang melibatkan seorang pegawai polis, menuntut permohonan maaf daripada hakim Arizona yang membuat kenyataan pengalaman pahit dilaluinya pasti tidak terjadi jika tidak berada di tempat kejadian.
Pegawai polis terbabit didapati bersalah merabanya di sebuah bar selepas selesai kerja.

Hakim membuat kenyataan itu ketika menjatuhkan hukuman ke atas defendan.

Petisyen atas talian yang dilancarkan menerusi Change.org, sebuah laman web yang popular bagi aktiviti sosial, telah menarik sokongan lebih 4,600 orang.

Petisyen itu mendesak agar Hakim Mahkamah Tinggi Coconino County, Judge Jacqueline Hatch meletakkan jawata kerana membuat kenyataan sedemikian ketika prosiding Rabu lalu.

Hatch, yang dilantik ke jawatan itu oleh Gabenor Jan Brewer dari parti Republikan pada Jun 2010, tidak menjawab panggilan telefon NBC News untuk mendapatkan komen.

Nama mangsa tidak didedahkan.

Menurut akhbar Arizona Daily Sun, juri mendapati Robb Gary Evans, 43, bersalah atas kesalahan yang dilakukan pada 2 Julai.

Pendakwa raya berkata Evans meraba mangsa dari belakang di sebuah bar Flagstaff.

Bekas pegawai Jabatan Keselamatan Awam Arizona itu berhadapan dengan hukuman penjara maksimum  dua setengah tahun.

Bagaimanapun dia dikenakan hukuman khidmat masyarakat, pemantauan dan rawatan.

Dia telah dipecat selepas didapati bersalah.

Akhbar Daily Sun antara lain memetik Hatch berkata, perkara buruk boleh berlaku di bar.

Hatch memberitahu mangsa bahawa orang lain kemungkinan berada dalam keadaan mabuk berbanding mangsa.

"Jika anda tidak berada di sana pada malam tersebut, tidak ada apa yang terjadi ke atas diri anda," kata Hatch.

Hatch memberitahu mangsa dan defendan bahawa tiada siapa yang akan gembira dengan hukuman yang dikenakan.

Bagaimanapun katanya, mencari hukuman yang sesuai adalah tanggungjawab beliau.

"Saya berharap anda akan melihat pada apa yang anda telah lalui dan cuba mengambil aspek positif," kata  Hatch kepada mangsa di mahkamah.

"Anda menerima pengajaran mengenai persahabatan dan anda belajar mengenai detik mudah terdedah (kepada risiko)," katanya.

Hatch berkata, mangsa dalam kes itu tidak harus dipersalahkan tetapi kesemua wanita harus berjaga-jaga daripada menjadi mangsa.

"Apabila anda mempersalahkan yang lain, anda menyerahkan kuasa anda untuk berubah," katanya lagi.

Mangsa pula berkata koman-komen  Hatch tidak wajar.

Selain itu mangsa menambah, dia merasakan Hatch menuduhnya membenarkan dirinya menjadi mangsa.

"Saya masih terkejut dengan apa yang diperkatakan terhadap saya," kata mangsa.

* Sumber 


Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP