GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Khamis, 6 September 2012

Model sambilan pijak gambar PM serah diri


SING YEE (tengah) diiringi anggota polis selepas menyerah diri di Balai Polis Sentral, Johor Bahru semalam.
JOHOR BAHRU – Seorang model sambilan berusia 19 tahun yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung perbuatan menghina pemimpin negara 30 Ogos lalu, menyerah diri di Balai Polis Sentral di sini semalam.
Gadis berkenaan, Ong Sing Yee menyerah diri selepas gambarnya bersama 10 individu lain disiarkan akhbar Isnin lalu kerana dipercayai terlibat dengan pelbagai kesalahan ketika menyertai perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka.
Dia yang memakai kemeja-T berwarna putih, tiba di balai terbabit kira-kira pukul 11 pagi dengan ditemani peguamnya, Tony Fernandez serta beberapa rakan.
Sebaik selesai membuat laporan pada pukul 1.05 petang, gadis terbabit keluar dengan tangan bergari dan diiringi polis menaiki kereta untuk dibawa ke ibu negara bagi siasatan lanjut.
Fernandez yang juga Timbalan Pengerusi DAP Johor ketika ditemui berkata, gadis tersebut yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik akan dibawa ke rumahnya di Taman Puteri Wangsa di sini terlebih dahulu bagi mengambil baju yang dipakai ketika hari kejadian.
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP