GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Jumaat, 7 September 2012

Ulama Kecam Julia Perez Buat Tatu Hina Islam


Julia Perez
TATU pada bahagian belakang tubuh aktres sensasi Indonesia, Julia Perez (Jupe) yang tertuliskan Hayya 'alal falah dalam tulisan Arab kemarahan ulama negara itu.
Menurut laporan portal Kapanlagi, beberapa para ulama menganggap pelakon filem Hantu Jamu Ngendong itu sengaja mencari sensasi dengan menghina Islam.
"Jupe sering mencari isu sensasi yang tidak sesuai dengan norma agama. Tambah pula ia tidak sesuai dijadikan bahan tontonan masyarakat yang majoritinya beragama Islam.
"Saya berharap pihak yang berkuasa melihat semula mengenai penghinaan agama yang dilakukan Jupe. Jika perlu, tahan saja dia," kata Ketua Umum PP Pemuda Muhammadiyah, Dr Saleh Partaonan Daulay kepada Kapanlagi, pada Rabu.
Tatu di bahagian belakang tubuhnya mengundang kemarahan para ulama.
Kalimat Hayya 'alal falah yang bermaksud 'mari meraih kemenangan' merupakan salah satu ayat dalam seruan azan untuk melaksanakan solat.
Tambah Saleh, tindakan Jupe itu juga boleh mendatangkan impak negatif terhadap masyarakat.
"Jika hal ini dibiarkan oleh pihak berkuasa, maka masyarakat akan mula menilai aktres itu dan akan bertindak mengikut cara mereka," ujarnya.
* Sumber mStar Online

1 Merujuk kepada perkara diatas :

Ateh Nour 7 September 2012 pada 8:54 PG  

Sallam,
Ramai sangat dah orang yang mempermainkan Islam sekarang ni yek, mintak dijauhkan terjadi pada keluarga kita...

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP