GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Ahad, 14 Oktober 2012

7 cedera dirempuh peragawati mabuk


NOVI mengaku ambil dadah, minum arak sebelum memandu.

JAKARTA: Seorang model majalah dewasa berusia 25 tahun berdepan pelbagai pertuduhan selepas mencederakan tujuh orang, termasuk dua anggota polis ketika memandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol, kata polis.

Jurucakap Polis Jakarta, Komisioner Kanan Rikwanto berkata, Novi Amalia yang hanya berseluar dalam enggan menurut arahan polis supaya berpakaian selepas insiden itu.

Dia yang memandu kereta Honda Jazz secara membuta-tuli di pusat bandar melanggar seorang penunggang basikal dan penjaja jalanan pada jam 5.30 petang Khamis lalu. “Dia yang terus memandu kemudian merempuh dua anggota polis di Taman Sari Jakarta Pusat,” katanya.

Laporan media menyatakan seorang daripada anggota polis itu cuba untuk menghentikan kereta Novi selepas wanita terbabit melanggar deretan penjaja jalanan. 

Novi kemudian memecut kenderaannya sebelum merempuh van mini awam hingga pemandunya cedera. Dia turut melanggar seorang penunggang motosikal dan sebuah lagi van mini.

Semua mangsa cedera dan dirawat di Hospital Husada di Jakarta Pusat.

Menurut Rikwanto, polis belum mendakwa Novi kerana dia masih tidak stabil secara fizikal dan mental, selain perlu menjalani ujian psikologi terlebih dulu.

“Novi mengakui mengambil ecstasy dan meminum arak di kediamannya sebelum memandu,” katanya.

Menurut keterangan saksi, Novi yang dalam perjalanan ke Ancol menanggalkan pakaian dan membuangnya keluar dari kereta.

“Dia hanya memakai seluar dalam ketika ditahan. Dia juga membuang dompetnya keluar dari kereta ketika memandu,” katanya.

Jika disabitkan bersalah Novi mungkin dikenakan hukuman penjara 16 tahun. - Agensi

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP