GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 15 Oktober 2012

Pengetua sekolah agama hadapi 14 pertuduhan


JOHOR BAHRU — Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas 14 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya.
Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Bachok @ Abdul Samad Abdul Latip, 65, didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di sekolah itu di Jalan Jaafar, Benut, Pontian dari Julai 2011 hingga Julai 2012.
Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek Maybank Islamic yang berbeza nilai sepanjang tempoh berkenaan.
Tertuduh telah menandatangani baucar dan cek itu untuk membuat bayaran kerja membekal makanan bermasak di asrama sekolah tersebut kepada Zainab Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya, dengan nilai keseluruhan RM1,120,462.40.
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP