2,000 ibu tunggal saman Kerajaan Selangor tuntut RM10.9 juta
Tweet
SEKUMPULAN ibu tunggal melaungkan kata-kata semangat selepas memfailkan saman tuntutan RM10.9 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Khalid di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.
SHAH ALAM - Seramai 2,020 ibu tunggal di Selangor memfailkan saman berjumlah RM10.9 juta terhadap kerajaan negeri Selangor dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kerana didakwa gagal memberi elaun ibu tunggal seperti yang terkandung dalam Manifesto Pilihan Raya Umum ke-12.
Tuntutan itu difailkan melalui Tetuan Kamarudin & Partners di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Kira-kira 50 wakil ibu tunggal hadir ketika saman berkenaan difailkan.
Dalam pernyataan tuntutan tersebut, kerajaan negeri dan Abdul Khalid yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua, didapati gagal membayar elaun ibu tunggal RM100 seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pakatan Rakyat (PR) selama 54 bulan bermula 1 April 2008 hingga 30 Oktober 2012 kepada kesemua plaintif dengan jumlah keseluruhan RM10,908,000.
* Sumber kosmo! Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan