60 juta manusia seluruh Dunia tonton web lucah
Tweet
SALZBURG, Austria 20 Nov. - Kira-kira 60 juta pengguna di seluruh dunia didapati melayari laman web lucah setiap hari dengan dua pertiga daripada mereka melakukannya secara curi-curi di pejabat, kata seorang ahli terapi seks Jerman, Dr. Christoph Ahlers.
Ahlers berkata, keadaan itu turut membentuk satu ketagihan yang sukar dibendung.
"Trend menunjukkan, pengguna Internet kini tidak lagi memilih untuk melayari laman web lucah secara berseorangan di bilik-bilik tertutup.
"Data menunjukkan sebanyak 60 juta pengguna melayari laman web itu dan dua pertiga daripada mereka melakukannya di pejabat.... jelas menunjukkan kegiatan tersebut kini menjadi satu fenomena di seluruh dunia,'' katanya.
Beliau mendedahkan penemuan tersebut pada satu persidangan mengenai kaedah perubatan, terapi serta rawatan isu-isu kelakukan seksual di Salzburg, baru-baru ini.
Sambil menyifatkan gejala itu sebagai 'fenomena dunia' masa kini, Ahlers berkata, selain di pejabat, individu yang mengalami ketagihan tersebut turut gemar melayari laman web lucah pada waktu malam.
"Selain pejabat, waktu puncak kedua paling ramai melayari laman web lucah adalah selepas tengah malam ketika mereka berada di rumah,'' katanya. - AGENSI
* Sumber


2 Merujuk kepada perkara diatas :
web kayak gitu tu yang bisa ngrusak masa depan anak" bangsa..,
-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/
biasanya lelaki yang kuat tengok porno. perempuan tidak.
@ Blog Hangat
Catat Ulasan