GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Isnin, 26 November 2012

Aidil Zafuan Disaman Cara Tampalan,tidak beri nafkah kepada Anak dan Isteri


Aidil Zafuan
PETALING JAYA: Pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd. Radzak telah difailkan saman kerana gagal menunaikan tanggungjawabnya memberi nafkah semasa kepada anak dan isterinya, pelakon Rita Rudaini.
Peguam syarie Rita (plaintif), Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain berkata, surat saman telahpun dihantar ke alamat rumah ibu bapa Aidil di Seremban, Negeri Sembilan, namun tiada sebarang maklum balas yang diberikan.
"Sebenarnya kami telah memfailkan saman sejak dua bulan yang lepas tetapi pihak kami tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Aidil. Justeru itu kami memohon penyampaian secara tampalan daripada pihak mahkamah.
"Ia merupakan saman gantian dimana pihak kami akan menampal notis saman di rumah Aidil di Seremban, tempat kerja Aidil iaitu di Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Angkatan tentera Malaysia (ATM)," katanya.
Zaidi ditemui selepas kes sebutan di Mahkamah Rendah Syariah di sini, pada Isnin. Beliau hadir seorang diri tanpa ditemani anak guamnya, Rita.
Rita Rudaini
Hakim syarie, Abdl Halim Abu Samah telah menetapkan 13 Disember depan sebagai tarikh kes sebutan berkenaan dengan permohonan yang dibuat oleh pihak plaintif.
Sementara itu, Aidil, yang dihubungi mStar Online berkata, sehingga kini dia tidak mendapat sebarang surat saman daripada pihak isterinya itu.
"Walau sesibuk mana sekalipun, saya tidak akan mengabaikan hal-hal berkaitan mahkamah dan jujur saya katakan, saya atau pihak keluarga tidak mendapat sebarang surat saman daripada Rita.
"Kalau ada, sudah semestinya saya akan memberi surat balas atau membawa perkara ini merujuk kepada peguam saya," tegasnya.
Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini.
Rita, 35 dan Aidil, 25, bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah yang berpanjangan.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.
* Sumber mStar Online

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP