Aktiviti persundalan: 16 wanita warga asing ditahan
Tweet
KUALA LUMPUR – Polis menahan 16 wanita warga asing yang dipercayai terbabit dalam aktiviti persundalan menerusi serbuan di dua premis di Jalan Mega Mendung, Jalan Klang Lama, di sini malam semalam.
Pegawai Operasi Unit Pencegahan Maksiat Bukit Aman, Insp Muhammad Md Jais berkata, mereka terdiri daripada lapan warga Vietnam dan lapan warga China, berusia antara 18 dan 35 tahun.
Kedua-dua premis terletak di deretan kedai yang sama dan masing-masing berselindung di sebalik perkhidmatan penjagaan kuku dan refleksologi serta dipercayai beroperasi sejak setahun lepas, katanya kepada pemberita selepas operasi itu di sini.
Katanya, siasatan awal mendapati tiga daripada wanita terbabit tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah sementara bakinya menyalahgunakan pas lawatan sosial.
Beliau berkata, polis turut menahan lima pelanggan serta dua penjaga premis yang merupakan lelaki tempatan berusia dalam lingkungan 40-an. – BERNAMA
* Sumber

0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan