GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 20 November 2012

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu bertemu pengikut Twitter kesejuta


KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyatakan hasrat untuk bertemu pengikut Twitter beliau yang kesejuta selepas jumlah pengikutnya melepasi jumlah itu setakat ini.
Sambil menyifatkan sokongan itu sebagai saat yang istimewa bagi dirinya di laman Twitter, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang setia menjadi pengikut Twitternya selama ini.
"Bilangan pengikut Twitter saya mencecah satu juta malam tadi. Saat yang istimewa bagi saya di Twitter. Terima kasih kepada semua,” katanya di laman Twitter sebentar tadi.
Perdana Menteri berkata, berikutan itu, beberapa pengikut Twitternya menyarankan kepada beliauu supaya mengenal pasti dan bertemu pengikut kesejuta berkenaan.
"Tadi saya telah minta supaya pengikut Twitter kesejuta saya dikenal pasti.
Saya harap dapat berjumpa nanti. Kita 1Malaysia," katanya.
— BERNAMA

0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP