GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 20 November 2012

Durian Runtuh Generasi kedua FELDA,sila berbahagi sama rata


KUANTAN: Seramai 669 wakil generasi kedua peneroka Felda Bukit Goh, di sini, hadir menerima durian runtuh berjumlah RM3.34 juta disampaikan Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail di Dewan Orang Ramai tanah rancangan itu, kelmarin.

Abdul Manan berkata, beliau berharap generasi kedua Felda bersyukur dan memanfaatkan wang diterima sebaik mungkin.

Menurutnya, pemberian wang itu membuktikan kerajaan menepati janji dengan tidak melupakan anak peneroka yang turut membesar dan merasai keperitan hidup di tanah rancangan.

“Pemberian ini sebagai penghargaan kepada seluruh keluarga peneroka termasuk isteri dan generasi baru yang sama-sama bersusah-payah membuka tanah rancangan dan hasilnya kini dinikmati semua.

“Saya berharap anak peneroka generasi kedua bersikap jujur dan telus membahagikan wang diterima sesama adik-beradik. “Jangan sampai berbunuhan dan bergaduh sesama sendiri,” katanya ketika ditemui. Seorang penerima, Siti Aisyah Ismail, 22, berkata wang diterima itu akan dibahagikan sama rata sesama 11 adik-beradiknya.

“Kami sudah berpakat membahagikan wang itu sama rata walaupun jumlahnya tidak sebanyak mana. “Sekurang-kurangnya wang diterima ini dapat digunakan bagi menampung pembelian barangan keperluan dapur sementara waktu,” katanya ketika ditemui.

Seorang lagi penerima, Nordin Idris, 39, berkata dia berterima kasih kepada pengurusan Felda dan kerajaan atas pemberian itu dan bersepakat mengagihkan sama rata dalam kalangan adik-beradiknya.

“Mungkin ini rezeki kami enam beradik dan bersyukur dengan hadiah ini. Sebelum ini, kami membahagikan sama rata wang fasa pertama serta kedua untuk peneroka dan isteri memandangkan kedua ibu bapa kami sudah meninggal dunia.

“Saya bercadang menyimpan wang ini dan menggunakannya apabila perlu,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Kasmawati Jaafar, 35, berkata walaupun jumlah wang diterima tidak terlalu besar jika dibahagikan lapan beradik, namun tetap bersyukur kerana berpeluang merasai wang hasil titik peluh ibu bapanya yang bekerja teruk ketika mula-mula memasuki tanah rancangan.

“Terima kasih kepada Felda dan sudah pasti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak putus-putus menghargai pengorbanan warga peneroka yang terlalu banyak berjasa dalam pembangunan negara sebagai pengeluar komoditi utama sawit,” katanya.

* Sumber myMetro


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP