Foto : Peserta Maharaja Lawak Mega 2012
Tweet
Senarai Peserta Maharaja Lawak Mega 2012
Pentas Maharaja Lawak Mega 2012 bakal dimeriahkan dengan 11 kumpulan yang telah tercalon dalam memastikan kejuaraan mereka di dalam gelanggang tersebut. Mereka adalah Pi Mai (Imuda dan Mat Over), Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez) dan Shiro (Shahrol dan Ajak).
Manakala The Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman), Saywho (Eko, Bocil dan Vicha) dan Dadidu (Bobo, AR Badul dan Arif Sudin) tersenarai sebagai pelawak jemputan sebagai tanda hubungan diantara kedua negara Singapura dan Indonesia dengan Malaysia yang pernah terjalin melalui pentas ini.
Namun, sebelum Pentas Maharaja Lawak 2012 berlangsung secara rasmi bermula 16 November 2012 di Dewan MBSA Shah Alam Selangor, tiga lagi kumpulan iaitu Mamu, Kecik dan Balas terpaksa bersaing menerusi pemilihan Kerusi Panas MLM yang akan berlangsung pada 14 November ini. Salah seorang daripada mereka ini akan dipilih untuk melengkapkan senarai 11 kumpulan yang akan bertanding di dalam Pentas Maharaja Lawak 2012. ( Permulaan berentap malam 16hb Nov 2012 )
The Bandung Jokers
Shiro
Saywho
Sabon
R2
Pi Mai
Jozan
Jambu
Dadidu
Boboi
Program yang ditunggu-tunggu ini akan dikendalikan pengacara yang sama seperti musim sebelumnya, Dato' Ac Mizal. Maharaja Lawak Mega 2012 akan bersiaran secara langsung di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) bermula 16 November ini.
* Sumber aStro












0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan