GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Selasa, 18 Disember 2012

Gambar : Kalendar lucah 2013 untuk promosi keranda dikecam

WARSAW: Sebuah syarikat membuat keranda di sini mencetuskan kemarahan pihak gereja apabila cuba meningkatkan perniagaan dengan kalendar yang mempamerkan wanita separuh bogel di sebelah keranda buatannya.

Satu imej daripada kalendar edisi 2013 menunjukkan model yang hanya berseluar dalam kecil bersandar pada keranda dengan seekor ular melilit lehernya. Satu lagi gambar menunjukkan seorang wanita memakai korset menarik jantung lelaki yang terbaring di dalam keranda.

“Anak saya mendapat ilham untuk menerbitkan kalendar syarikat yang menunjukkan sesuatu yang kurang serious, berwarna-warni, mempamerkan kejelitaan gadis Poland dan kecantikan keranda kami.

“Kami ingin menunjukkan bahawa keranda bukanlah simbol keagamaan. Mengapa orang ramai perlu takut dengan keranda dan bukan perniagaan pakaian, kosmetik atau barang kemas?” kata pemilik syarikat, Zbigniew Lindner.

Selain menjadi publisiti syarikat, kalendar itu juga ialah untuk dijadikan sumber pendapatan.

Sesiapa yang memesannya akan menerima hadiah pemegang kunci berbentuk keranda.

Gereja Katolik mengecam syarikat berkenaan dengan menyifatkan kalendar itu sebagai tidak sesuai.

Seorang jurucakap gereja berkata, kematian manusia perlu dipenuhi kemuraman, bukan dicampur dengan seks.

Gereja Katolik dan ajaran agama itu menjadi ikutan rakyat Poland sejak sekian lama. Bagaimanapun, perubahan dalam kehidupan masyarakat mencabar kepercayaan terhadap agama itu. - AFP

* Sumber


1 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP