GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 21 November 2012

Khairul Fahmi Che Mat @Apek dan Nur Eilunie Nikah 28 Disember


Apek dan Leuniey
PETALING JAYA: Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menamatkan teka teki tarikh perkahwinannya dengan Nur Eilunie Natasha Nazri atau Leuniey apabila memilih 28 Disember depan untuk bergelar suami isteri.
Upacara akad nikah Apek, 23, dan Leuniey, 22, bakal berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Pasir Pekan, Tumpat, Kelantan pada pukul 9 pagi.
Majlis persandingan sebelah perempuan bakal diadakan di Hotel Renaissance, Kota Bharu pada 30 Disember depan dengan konsep Melayu kontemporari.
Manakala resepsi sebelah Apek pula akan berlangsung di kediaman keluarganya di Kampung Chenang, Kota Bharu pada 5 Januari 2013.
Pasangan tersebut turut memilih 13 Januari 2013 untuk mengadakan majlis resepsi ketiga di Hotel Royale Bintang, Mutiara Damansara di sini.
Apek dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi 'SimplySiti Eau De Parfum' milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.
Berita gembira itu diumumkan Apek pada satu majlis sidang media yang diadakan di Hotel Royale Bintang, di sini kira-kira pukul 1 petang, Rabu.

* Sumber mStar Online


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP