GILA GAJET II


Oh Gasak! ( Gosip Hiburan Terkini )

Carian dalam blog ini

Rabu, 21 November 2012

Kucing dipanggang selepas ‘bertengkar’ dengan penagih dadah


LONDON: Gara-gara memanggang seekor kucing liar dalam ketuhar gelombang mikro, seorang remaja dipenjara 22 minggu, semalam.

Jamie Blake didapati bersalah membunuh kucing itu ketika dia di bawah pengaruh dadah.

Dalam keterangannya, Blake, 19, berkata dia bertengkar dengan kucing berkenaan selepas haiwan berkenaan memberitahu, bekas pasangan ibu tertuduh - kini meninggal dunia - menyuntiknya dengan heroin. Selepas memanggang kucing itu selama tiga minit, Blake bergurau mengenai insiden itu dengan penduduk setempat di Thetford, Norfolk.

Pendakwa, Nikki Miller, berkata Blake mentertawakan kematian kucing berkenaan.

“Walaupun pada awalnya penduduk di situ tidak percaya, mereka akhirnya yakin Blake memanggang kucing di dalam ketuhar gelombang mikro dan melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa,” katanya.

Bangkai kucing itu ditemui dalam tong sampah bersama ketuhar gelombang mikro berkenaan. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan Blake menangkap kucing itu dan membawanya masuk ke rumah kira-kira jam 10.25 malam pada 27 September lalu. Dia kemudian dilihat keluar dari biliknya membawa beg dipercayai berisi bangkai kucing berkenaan.

Ketuhar gelombang mikro itu dibuang Blake sehari kemudian. Siasatan pihak berkuasa menemui bulu kucing dan pelbagai kesan haiwan berkenaan dalam ketuhar itu.

Petugas pusat kesihatan haiwan mengesahkan kucing berkenaan dipanggang sehingga mati. - DM

* Sumber


0 Merujuk kepada perkara diatas :

Catat Ulasan

Info,Berita,Hiburan yang Hangat dari Dalam dan Luar Negeri

Terima kaSih..kerana melayari relevan Sokmo

Catatan Popular

Ikut rapat rapat

MENARIK PERHATIAN

Segala penulisan dan gambar gambar di dalam blog ini bukan lah hak sepenuh penulis..barang siapa yang mendapat kesusahan yang teruk seperti terjejas akal minda dan fikiran selepas melayari blog ini bukan lah tangunggan penulis..di atas apa jua komen yang menyentuh sensitiviti seperti memporak peranda kan kesejahteraan..penulis juga tidak akan bertanggung jawab..

Sekian Terima kaSih
original design by : relevan
modified by : relevan

  © Blogger templates The relevan Scripts Template by relevan Scripts 2010

Back to TOP