Lelaki Bakar Diri Protes Sekatan Perhimpunan
Tweet
* Sumber
Seorang lelaki Kashmir mengadakan protes sambil belari apabila dia membakar dirinya sendiri semasa perarakan Muharram di Srinagar, India pada Jumaat. Lelaki berkenaan mengadakan proses terhadap sekatan polis yang menghalang perarakan keagamaan yang menandakan Muharram sebagai bulan Islam. Polis berkata, pertempuran berlaku apabila pasukan tentera cuba untuk menghentikan kumpulan puak Syiah daripada mengadakan perhimpunan itu. Foto AP 
SRINAGAR, India: Seorang lelaki India Kashmir membakar dirinya sendiri pada Jumaat bagi memproses sekatan polis terhadap perarakan keagamaan yang menandakan bulan Islam, Muharram dalam bandar utama yang dikuasai Kashmir di India.
Polis berkata, lelaki itu mengalami kecederaan ringan dan telah pun ditahan.
Semasa bulan Muharram, puak Syiah memperingati kematian Imam Hussein, cucu Nabi Muhammad SAW.
Pihak berkuasa mengeluarkan perintah berkurang sekurang-kurangnya di tiga tempat di Srinagar yang bimbang perarakan keagamaan itu akan bertukar kepada protes anti India.
Polis berkata, pertempuran berlaku apabila tentera cuba untuk menghentikan kumpulan puak Syiah daripada berarak.
Perhimpunan awam besar-besaran telah disekat di Kashmir India sejak meletusnya pemberontakan bersenjata menentang pemerintahan India pada 1989. - AP


0 Merujuk kepada perkara diatas :
Catat Ulasan